Setiap konflik yang timbul membuatkan watak ini lebih rumit kerana perbezaan dan tahap permainan emosi harus ditunjukkan dengan bentuk graf yang seimbang dengan babak-babak lain yang berlaku pada sebelum dan selepasnya. Susah bukan?. Memang benar bahawa yang susah itu tidak bererti susah tanpa noktah kerana ada cara dan teknik-teknik yang boleh memudahkannya, iaitu yang pertama tanam dan pasak sedalam-dalamnya disiplin diri sebagai seorang pelaku terhadap semua aspek tanpa sedikit goyah.
Tiang disiplin yang dipasak kukuh adalah tunggak bagi menampung yang kedua dan seterusnya. Yang kedua selepas yang pertama ialah, patuh dan bertindak mengikut arahanNya tanpa membelakangkan Dia sebagai pengarah. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui segala apa yang diaturkan untuk setiap Watak yang dicipta. Pelaku/pemain watak hanya perlu patuh dan mengikut setiap rentak perjalanan berdasarkan Naskhah Suci yang di turunkanNya sebagai pegangan dan panduan.
Insyaallah, Dengan sedikit usaha dan amal pasti yang susah bertukar menjadi senang dan lebih mudah untuk dilalui sampai mati watak di babak akhir cerita. Maka, tamatlah sebuah pementasan karya duniawi dengan berjuta keberkatan dan pahala sebagai bekal buat pelaku-pelaku yang mendukung watak Si Polan bin/binti Si Polan. Dengan bekalan itulah untuk dibawa ke dunia sebenar yang kekal selamanya buat kita iaitu alam akhirat.
Sedar diri, sedar ruang,sedar masa dan ingatlah bahawa kita sebagai manusia harus tunduk dan patuh pada arahan Allah SWT yang menjadikan sekalian makhluk di langit dan di bumi. Dengan menarik nafas lega... Aku bersyukur masih berpeluang menjadi Abdullah Helmy B. Abdul Moin. salam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan