14 Julai 2011

Apabila Mereka Mendengar Jeritan Batinku

Manusia Dan Pilihan

Jika difikirkan kembali asal-usul penciptaan semua manusia, kita semua diciptakan dari segumpal tanah seperti kata ungkapan yang sering kita dengar '..Daripada tanah kita dicipta dan kepada tanah kita semua akan dikembalikan..' Ungkapan adalah satu kebenaran dan kebenaran itu akan terbukti. Satu hari nanti kita semua akan pergi buat selama-lamanya dan meninggalkan dunia yang penuh dengan kesengsaraan. Apa yang menjadi persoalan di sebalik semua perkara tentang kematian, dimana kita akan ditempatkan? Hanya diri kita sendiri yang tahu jawapan untuk persoalan itu. Yang diberi hanyalah pilihan setelah bertahun-tahun lamanya kita menjadi penghuni di dunia yang bersifat tidak kekal ini. Hidup ini ada pilihan, jangan salah membuat keputusan untuk memilih.

Dialog Dari Naskhah Hati

'..Tuhan telah menciptakan semua manusia di dunia ini dengan sempurna tanpa ada walau satu zarah kekurangan, kemudian diletakkan pula manusia ciptaanNya itu berada di dalam janin yang baik..'

Kenapa kita dicipta?? Setelah dicipta, kemudian kita diduga dengan pelbagai dugaan dan ujian. Kenapa kita yang diduga serta diuji?? Manusia lain juga dicipta dari pencipta yang sama mencipta sekalian makhluk. Tapi kenapa mereka bahagia? Adakah sebab kita manusia bertuah dan istimewa? Iya, kerana setiap apa dugaan dan ujian itu membuatkan kita lebih dekat padaNya. Tapi, sangat derita dan sengsara untuk mengharunginya.. itu istimewa?? Dimana keistimewaan di sebalik penderitaan itu? Keistimewaan itu akan menjadi yang teramat istimewa bila kita dapat menyelesaikan dan mengharungi setiap ujian dan dugaan itu dalam meneruskan kehidupan kita sebagai MANUSIA.

9 Julai 2011

'..Hidup Untuk Mati..'

Dalam menempuh ranjau kehidupan, memang menjadi lumrah jalan yang akan dilalui penuh dengan duri yang tajam dan menyakitkan jika terkena atau tersentuh. Namun, duri yang tumbuh melata itulah akan mendewasakan serta memberi pengajaran pada sesiapa sahaja yang melaluinya. Allah SWT telah menciptakan duri yang tajam dan beracun sebagai halangan dan ujian dalam perjalanan hambanya. Sebagai pencipta, Dia juga bersifat adil dengan mencipta pula penawar bagi merawat keperitan dan kesakitan akibat racun yang berbisa. Adil yang membawa pengertian saksama itu, seolah-olah tiada keseimbangan bagi mereka yang hidup untuk terus hidup. Mereka yang daripada golongan tersebut akan terus berjalan di dalam kegelapan hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok kesengsaraan sebagai latar. Keperitan itulah yang akan mengikis dan membuang pengertian Adil dalam pemikiran mereka kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan penawar yang menjadi bukti keadilan Maha Pencipta terhadap sekalian manusia yang menumpang di dunia pinjaman ini. Oleh itu, telah menjadi sesuatu yang sangat bermakna dan detik yang paling bahagia bagi mereka yang telah berjaya menemui penawar yang akan mengubati segala kesakitan yang telah meracuni jiwa, akal, dan pemikiran mereka selama ini. Dengan hanya berpandukan pada satu jalan, satu tujuan dan satu pegangan serta diiringi oleh kekuatan iman yang teguh sebagai panduan, akhirnya membawa mereka kepada satu jawapan yang memberi pengertian tentang kesempurnaan. Tiada lagi keperitan dan tiada lagi erti ketakutan pada duri beracun yang selama ini menjadi halangan untuk mereka berjalan dan terus berjalan dengan membawa satu niat iaitu '..Hidup Untuk Mati..'

8 Julai 2011

Jiwa+Naluri+Jasad= Siapa Kita?

Kalau manusia diberi peluang dan pilihan untuk mereka sendiri tetapkan jiwa dan naluri yang akan bersatu bersama jasad mereka pasti semuanya sempurna. Tapi, itu semua hanya permainan 'Kalau' yang akan membuatkan kita semua berfikir setelah dikejar dan diburu kekesalan dan rasa bersalah terhadap Maha pencipta. Jiwa dan naluri yang tersemat bersama jasad ini adalah ciptaan Allah SWT yang paling indah, tiada persoalan yang harus dipersoalkan oleh kita yang tidak pernah bersyukur apatah lagi bersujud kepadaNya yang telah meminjamkan pentas dunia ini untuk kita semua menikmati erti kehidupan sebagai satu persinggahan sebelum sampai masa untuk terus kekal di dunia sebenar milik kita yang kekal kelak. Tidak perlu untuk menyalahkan jiwa dan naluri kerana itu bukan punca tindakan yang telah kita lakukan. Baik atau buruk yang berlaku semuanya adalahg dari kita sendiri yang leka dan terlalu asyik dengan keseronokan hidup sehingga terpedaya dengan hasutan syaitan dan iblis yang sememangnya bertugas untuk menghancurkan sekalian manusia yang lemah agar mengingkari Allah SWT. Jiwa dan naluri yang suci itu, adalah dari dalam diri kita dan baik atau buruknya juga datang dari dalam diri kita dan dipengaruhi oleh pembawakan watak yang juga kita sendiri telah tentukan untuk dilakonkan di atas pentas dunia sebagai satu persembahan yang menjadi tontonan para malaikat yang mencatat segala baik dan buruk sebagai bahan laporan yang akan dibentangkan kelak. Kita semua bukan sempurna tetapi kita boleh untuk menjadi sempurna.

6 Julai 2011

Majlis Himpunan Bintang KOSMO!/MyIPO Peluang Kami,Kita,Saya Dan Mereka.

Hari ini merupakan hari yang tak berapa busy dengan keje-keje lain memandangkan  date hari ini dah di block oleh Kak Haryati wartawan dari akhbar tabloid KOSMO! yang menjemput aku untuk menghadiri majlis Himpunan Bintang KOSMO! anjuran akhbar itu dengan My-IPO. Majlis yang bertujuan untuk menerangkan dan membincangkan tentang hak-hak semua mereka yang terlibat dengan industri kreatif atau dunia seni atau lebi mudah dengan dunia glamor nih. Hak-hak yang dimaksudkan termasuklah tuntutan royalti dan penerangannya yang jelas, pembayaran yang tidak setimpal dengan hasil kerja bagi artis baru dan artis veteran, jenis-jenis isu yang layak dan tidak layak dibawa ke mahkamah mengikut akta yng telah ditetapkan dan macam-macam isu lagi yg disuarakan oleh artis-artis dari pelbagai usia,golongan,dan pangkat. Majlis ini dirasmikan Oleh Ybhg Dato seri Ismail Sabri. Majlis yang dihadiri oleh ramai penggiat2 seni ini turut menjemput Diana Daniell,Aizat Amdan,Ziana Zain dan Amy Search sbg panel bagi berkongsi atau meluahkan apa yang selama ini berlaku kepada mereka.. jadi, macam-macam hal lah timbul.. tidak puas hati itu lah, inilah.. Majlis yg berlansung selama 3 jam ini secara keseluruhannnya memang banyak membuka mata mereka terutama pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk membantu atau membela nasib2 artis2 kita dalam memperjuangkan kreativiti mereka untuk menghiburkan masyarakat.. sebagai pelakon baru dalam industri nih, aku kira bertuah sbb dapat dengar,dan paham dengan jelas tentang hak kita sebagai pelakon. perbincangan yg berlansung dengan penuh profesional dan ilmiah ini secara tidak lansung dapat mengangkat martabat artis2 yang selama sering dipandang serong seolah2 kita semua masih berada pada zaman P.Ramlee dgn dialog dr filem IBU MERTUAKU.. apa dialog dia????? hahahahah fikirlah sendiri... yg penting, Majlis ini lah Satu-satunya peluang untuk KAMI,KITA,SAYA,DAN MEREKA UNTUK BERSUARA!!!

5 Julai 2011

Masih Teruja Ber'Blog'

Dari petang tadi, sejak kali pertama aku buat blog nih, ini dah kali ke berapa aku Meng'edit' blog aku ni pon aku tak tahu. Tengah teruja katakan, mana tidaknya, bila buka dan baca blog member-member rasa macam menarik je. Masih dalam proses Meng'edit' Hopefully siap Dengan Jayanya untuk tatapan Kamu, Anda, Awak, Dia, dan KORANG!