8 Julai 2011

Jiwa+Naluri+Jasad= Siapa Kita?

Kalau manusia diberi peluang dan pilihan untuk mereka sendiri tetapkan jiwa dan naluri yang akan bersatu bersama jasad mereka pasti semuanya sempurna. Tapi, itu semua hanya permainan 'Kalau' yang akan membuatkan kita semua berfikir setelah dikejar dan diburu kekesalan dan rasa bersalah terhadap Maha pencipta. Jiwa dan naluri yang tersemat bersama jasad ini adalah ciptaan Allah SWT yang paling indah, tiada persoalan yang harus dipersoalkan oleh kita yang tidak pernah bersyukur apatah lagi bersujud kepadaNya yang telah meminjamkan pentas dunia ini untuk kita semua menikmati erti kehidupan sebagai satu persinggahan sebelum sampai masa untuk terus kekal di dunia sebenar milik kita yang kekal kelak. Tidak perlu untuk menyalahkan jiwa dan naluri kerana itu bukan punca tindakan yang telah kita lakukan. Baik atau buruk yang berlaku semuanya adalahg dari kita sendiri yang leka dan terlalu asyik dengan keseronokan hidup sehingga terpedaya dengan hasutan syaitan dan iblis yang sememangnya bertugas untuk menghancurkan sekalian manusia yang lemah agar mengingkari Allah SWT. Jiwa dan naluri yang suci itu, adalah dari dalam diri kita dan baik atau buruknya juga datang dari dalam diri kita dan dipengaruhi oleh pembawakan watak yang juga kita sendiri telah tentukan untuk dilakonkan di atas pentas dunia sebagai satu persembahan yang menjadi tontonan para malaikat yang mencatat segala baik dan buruk sebagai bahan laporan yang akan dibentangkan kelak. Kita semua bukan sempurna tetapi kita boleh untuk menjadi sempurna.

6 Julai 2011

Majlis Himpunan Bintang KOSMO!/MyIPO Peluang Kami,Kita,Saya Dan Mereka.

Hari ini merupakan hari yang tak berapa busy dengan keje-keje lain memandangkan  date hari ini dah di block oleh Kak Haryati wartawan dari akhbar tabloid KOSMO! yang menjemput aku untuk menghadiri majlis Himpunan Bintang KOSMO! anjuran akhbar itu dengan My-IPO. Majlis yang bertujuan untuk menerangkan dan membincangkan tentang hak-hak semua mereka yang terlibat dengan industri kreatif atau dunia seni atau lebi mudah dengan dunia glamor nih. Hak-hak yang dimaksudkan termasuklah tuntutan royalti dan penerangannya yang jelas, pembayaran yang tidak setimpal dengan hasil kerja bagi artis baru dan artis veteran, jenis-jenis isu yang layak dan tidak layak dibawa ke mahkamah mengikut akta yng telah ditetapkan dan macam-macam isu lagi yg disuarakan oleh artis-artis dari pelbagai usia,golongan,dan pangkat. Majlis ini dirasmikan Oleh Ybhg Dato seri Ismail Sabri. Majlis yang dihadiri oleh ramai penggiat2 seni ini turut menjemput Diana Daniell,Aizat Amdan,Ziana Zain dan Amy Search sbg panel bagi berkongsi atau meluahkan apa yang selama ini berlaku kepada mereka.. jadi, macam-macam hal lah timbul.. tidak puas hati itu lah, inilah.. Majlis yg berlansung selama 3 jam ini secara keseluruhannnya memang banyak membuka mata mereka terutama pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk membantu atau membela nasib2 artis2 kita dalam memperjuangkan kreativiti mereka untuk menghiburkan masyarakat.. sebagai pelakon baru dalam industri nih, aku kira bertuah sbb dapat dengar,dan paham dengan jelas tentang hak kita sebagai pelakon. perbincangan yg berlansung dengan penuh profesional dan ilmiah ini secara tidak lansung dapat mengangkat martabat artis2 yang selama sering dipandang serong seolah2 kita semua masih berada pada zaman P.Ramlee dgn dialog dr filem IBU MERTUAKU.. apa dialog dia????? hahahahah fikirlah sendiri... yg penting, Majlis ini lah Satu-satunya peluang untuk KAMI,KITA,SAYA,DAN MEREKA UNTUK BERSUARA!!!

5 Julai 2011

Masih Teruja Ber'Blog'

Dari petang tadi, sejak kali pertama aku buat blog nih, ini dah kali ke berapa aku Meng'edit' blog aku ni pon aku tak tahu. Tengah teruja katakan, mana tidaknya, bila buka dan baca blog member-member rasa macam menarik je. Masih dalam proses Meng'edit' Hopefully siap Dengan Jayanya untuk tatapan Kamu, Anda, Awak, Dia, dan KORANG!

4 Julai 2011

Apa Yang Nak Ditulis Perlu Menarik??

Menariknya sesebuah penulisan itu bukan terletak pada siapa yang menulis, tak kira apa latar belakang Si Penulis, Apa Yang Penulis itu Perjuangkan, atau Bahasa Yang digunakan. Sebuah penulisan yang menarik itu sebenarnya datang dari keikhlasan dan kejujuran Si Penulis. Kalau dia nak tulis pasal sampah sekalipun, dengan bahasa yang tunggang langgang tapi kalau ikhlas dan jujur pasti ia menjadi antara penulisan yang menarik. Ke cane??

Siapa yang cuba nak menulis nih??

Macam style je ada blog sendiri, boleh update apa-apa kat blog..' Itulah yg mula-mula boleh tergerak hati nak menulis kt blog nih.. Tapi, biasanya orang yg nak menulis atau jadi penulis nih mesti yg suka membaca atau mereka yg cuba perjuangkan hak mereka terhadap apa yang mereka perjuangkan. Berbeza sikit dengan aku yang menulis atas dasar style. Walaubagaimanapun, aku rasa tak salah bermula dengan style sebab dah memang sikap manusia pada zaman sekarang nih yang suka mengikut-ngikut trend. Dengan adanya ruang ini, aku rasa lebih mudah untuk aku berkongsi pendapat, meluahkan   Apa yang selama ini tidak terluah. Lagi satu, yang pastinya ruangan blog hak milik mutlak aku ini juga tempat untuk aku  update segala perkembangan aktiviti karier aku sebagai......................'''
 ( apa saja yang aku JADI )