15 April 2013

Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi

Minat dan kecenderungan aku dalam bidang seni persembahan tidak 'mati' selepas tamat Sekolah Menengah apabila aku meneruskan pengajian dalam Diploma Seni Persembahan Teater (Major in acting) di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA). Tiga tahun pengalaman dengan pelbagai kisah suka dan duka waktu itu akhirnya menemui jalan yang memberi aku RASA makna sebenar PENYESALAN setelah kecundang di tahun akhir (lagi satu semester nak ke PeTA/Projek akhir).

Walaubagaimanapun, ianya tidak bermakna aku gagal untuk menuntut sejuta ilmu yang ada kat situ. Aku dah kecewa kan ramai manusia yang selama nih memberi harapan penuh untuk aku berjaya. Maafkan aku Ibu, Maafkan Aku Pensyarah-pensyarah (terutama Pn.Balkis Omar, Pn. mardiana Ismail, Pn. Juhara Ayub, En. shahrul Mizad, En. Rosnan Rahman, En. Amri Zane dan ramai lagi yg tak disebut), Maafkan Aku Papa (panggilan aku kepada Saudara Joosaidy Johari, Manusia yg byk memberi sokongan dari aku sekolah), maafkan aku kawan-kawan dan maafkan aku buat diri aku sendiri yang terlalu alpa dengan keseronokan remaja.


(Antara penglibatan aku di pentas Teater dari tahun 2004-2011)

Pentas Kecil Sebagai Pembuka Jalan

PENTAS, satu perkataan yang membuatkan aku teruja. Masih ingat lagi permulaan kisah aku & Pentas. Kali pertama aku pijak pentas masa tahun 1998 (Darjah 2), masa tuh aku sebagai penyanyi utama kumpulan boria untuk persembahan hari kanak-kanak peringkat negeri Kelantan. Majlis sambutan diadakan di Dewan Terbuka Sk Padang Garong (1) Kota Bharu dimana tempat aku bersekolah.

Bermula dari detik itulah, aku terus bergiat aktif dalam persembahan Pentas sehingga tamat Tingkatan 5 di SMK Seksyen 5, Wangsa Maju. Apa saja sambutan atau acara yang melibatkan persembahan pentas seperti Pantomin, tarian, nyanyian, sajak, nasyid, syair, teater dll pasti ada muka aku. Aku rindu zaman persekolahan. (Sambil tersenyum dan flashback)

6 Ogos 2012

Berlakon Untuk Menjadi Pelakon Antara Sedar Dan Separa Sedar?

Bukan mudah untuk menyempurnakan tanggung jawab sebagai pendukung utama untuk menjadi seorang lelaki yang bernama Abdullah Helmy dalam sebuah cerita yang bertajuk 'Kehidupan' arahan Pengarah yang tiada lawan kekuatan juga kehebatanNya. Cerita ini 100% memaparkan realiti, kebenaran, dan kesahihan, dalam pengertian wujud. Bermakna tiada penipuan dan tokok tambah dalam mana-mana babak sekadar 'penyedap' demi kepentingan sosial mahupun masyarakat sejagat. Sungguh.

Setiap konflik yang timbul membuatkan watak ini lebih rumit kerana perbezaan dan tahap permainan emosi harus ditunjukkan dengan bentuk graf yang seimbang dengan babak-babak lain yang berlaku pada sebelum dan  selepasnya. Susah bukan?. Memang benar bahawa yang susah itu tidak bererti susah tanpa noktah kerana ada cara dan teknik-teknik yang boleh memudahkannya, iaitu yang pertama tanam dan pasak sedalam-dalamnya disiplin diri sebagai seorang pelaku terhadap semua aspek tanpa sedikit goyah.

Tiang disiplin yang dipasak kukuh adalah tunggak bagi menampung yang kedua dan seterusnya. Yang kedua selepas yang pertama ialah, patuh dan bertindak mengikut arahanNya tanpa membelakangkan Dia sebagai pengarah. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui segala apa yang diaturkan untuk setiap Watak yang dicipta. Pelaku/pemain watak hanya perlu patuh dan mengikut setiap rentak perjalanan berdasarkan Naskhah Suci yang di turunkanNya sebagai pegangan dan panduan.

Insyaallah, Dengan sedikit usaha dan amal pasti yang susah bertukar menjadi senang dan lebih mudah untuk dilalui sampai mati watak di babak akhir cerita. Maka, tamatlah sebuah pementasan karya duniawi dengan berjuta keberkatan dan pahala sebagai bekal buat pelaku-pelaku yang mendukung watak Si Polan bin/binti Si Polan. Dengan bekalan itulah untuk dibawa ke dunia sebenar yang kekal selamanya buat kita  iaitu alam akhirat.

 Sedar diri, sedar ruang,sedar masa dan ingatlah bahawa kita sebagai manusia harus tunduk dan patuh pada arahan  Allah SWT yang menjadikan sekalian makhluk di langit dan di bumi. Dengan menarik nafas lega... Aku bersyukur masih berpeluang menjadi Abdullah Helmy B. Abdul Moin. salam.

10 Mei 2012

Skala Anjakan Paradigma

Salam buat pengikut sekalian, makan hari, makan minggu, makan bulan, makan tahun tanpa sedar, 2012 yang baru sahaja kita raikan sudah sampai di pertengahan. Pelbagai sorotan peristiwa telah tercatit dalam sejarah kehidupan masing-masing. Ada yang mengundang tawa, ada yang mengundang hiba dan tidak terlepas yang mendirikan rumah tangga. Dalam   kita menempuh perjalanan sampai hari ini, adakah terfikir dalam pemikiran kalian soal sejauh mana anjakan paradigma yang berlaku buat diri kalian disaat terpasaknya azam tahun baru yang kalian tanam hingga hari ini?? Adakah telah mencapai sasaran seperti yang dirancang atau seperti busur mencucuk angin yang melencong jauh dari sasaran? Hanya satu jawapan bagi semua persoalan tersebut, dan hanya diri sendiri yang dapat menentukan betul atau salah pada jawapan yang diberikan. Segalanya berbalik kepada simpulan bahasa yang berbunyi '..Tepuk dada, tanya selera..'

25 Januari 2012

Dari Manakah Kita?

Terciptanya Setiap Makhluk Di Muka Bumi Ini,
Adalah Dengan Kuasa Allah Yang Maha Hebat...
Wujudnya Kepelbagaian Makhluk Di Muka Bumi Ini,
Adalah Dengan Kuasa Allah Yang Maha Bijaksana...
Lahirnya MANUSIA Di Muka Bumi Ini,
Adalah Dengan Kuasa Allah Yang Maha Besar...
KeranaNya Kita Semua Dapat Mengecapi
Sebuah Kehidupan...
Tunduk Dan Sujud lah
Sebagai Tanda Kasih Dan Cinta
Kita Kepada Maha Pencipta..
ALLAHU AKBAR~~

7 November 2011

Saya.Rasa.Saya.Tiada.Deria.RASA

Manis dan pahit itu adalah RASA nya, tp ianya blum tentu smpurna spt mana kehendak dan citarasa pncipta RASA itu.. Sy x pnah tahu bagaimana RASA yg sbnarnya spt mana yg penciptanya merasai Manis dan Pahit itu... Yg sy tahu hnyalah skadar asas utk jdkanya sbg plengkap dan syarat utk diri sy sdiri sdgkan kpastiannya goyah.. Kmudian dgn pnuh takbur dan riak tnpa rasa segan atau bsalah pd yg mncipta RASA itu td, sy mgaku yg kononnya sy tahu Manis itu sudah ckup resepi kemanisannya utk gelarkannya sbg manis dan resepi kepahitan itu terlalu pahit utk sy mggelarkannya pahit... Sy x pnah adil pd penciptanya yg lebih mgetahuinya.. Kmudian sy cuba cari utk mgenali siapakah pnciptanya agar sy dpt RASA manis dan pahit itu tnpa ragu supaya apa yg kami RASA itu sama dan tepat.. Tp, x smudah yg sy sngka sbb smpai skg sy hanya tahu manis dan pahitnya RASA itu mgikut citarasa sy sdiri....

Kelahiran Semula Di Dunia blogger -Elmy Moin

Alhamdulilllah.. bersyukur sangat denagan peluang ke-2 yg diberikan untuk aku terus hidup dan mencoret nukilan kata buat renungan semua umat di dunia blogger yang penuh dengan cabaran dan dugaannya yang tersendiri... Segala yang baik dan positif itu untuk kita jadikan panduan dan pengajaran dan segala yang negatif dan racun itu untuk kita hindarkan... Kesimpulannya samalah dengan kehidupan kita di dunia yang nyata cuma untuk memperoleh peluang ke-2 itu belum tentu...